PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DAN PPAN MENERIMA SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA
KOTA BHARU, 18 Apr – Petugas barisan hadapan memainkan peranan yang teramat penting dalam memelihara kelangsungan hidup kita dan memastikan kehidupan seharian kita terus aman dan sejahtera. Hari ini, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa' bersempena Program Ihya' Ramadan 1443H.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Haji Izani bin Husin, yang juga merupakan...