warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DAN PPAN MENERIMA SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 18 Apr – Petugas barisan hadapan memainkan peranan yang teramat penting dalam memelihara kelangsungan hidup kita dan memastikan kehidupan seharian kita terus aman dan sejahtera. Hari ini, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa' bersempena Program Ihya' Ramadan 1443H.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Haji Izani bin Husin, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PKINK telah menyampaikan sumbangan sebanyak 200 paket juadah berbuka puasa untuk diedarkan kepada kakitangan hospital yang sedang bertugas. Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan yang berhempas pulas menjaga pesakit serta terus berusaha menghalang penularan wabak COVID-19 di Negeri Kelantan khususnya.
 
Dalam majlis serba ringkas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus berkata "Semoga berbentuk juadah berbuka puasa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para petugas hospital. Di kala wabak COVID-19 belum berakhir, sokongan yang sepenuhnya harus diberikan kepada institusi kesihatan." Tuan Haji Ab Aziz turut berterima kasih kepada YB Dr. Izani serta pihak pengurusan HRPZ II yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
 
Turut hadir Timbalan Pengarah Perubatan I - Pemangku Pengarah HRPZII, Dr Nik Mohd Faizal Bin Zainal Abidin; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia PKINK, En. Ahmad Nazri bin Hj. Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today300
Yesterday1006
This week2126
This month15965
Total1094279

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas