warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK TERUSKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN IHYA' RAMADAN 1443

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 17 Apr - Kebajikan dan kesejahteraan anggota merupakan prioriti utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Oleh itu, PKINK telah mengadakan Majlis Sumbangan Kebajikan bersempena Ihya' Ramadan 1443 kepada Anggota dan Petugas Am PKINK di Bilik Operasi PKINK pada hari ini.
 
Penyampaian pada majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Penerima sumbangan termasuklah anggota PKINK yang mempunyai anak istimewa, guru pengajian Al-Quran, pekerja kantin dan pencuci premis di PKINK.
 
Tuan Haji Ab Aziz berkata dalam ucapannya, "Dalam memberi dan menerima sumbangan, si pemberi seharusnya bersyukur atas kemampuan untuk menyumbang, manakala si penerima seharusnya bersyukur atas rezeki yang diberikan. Pada asasnya, kedua-dua pihak seharusnya bersyukur atas kemampuan masing-masing."
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today268
Yesterday1006
This week2094
This month15933
Total1094247

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas