warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PONDOK BUKIT GADING

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
TANAH MERAH, 18 Apr – Di kesempatan bulan Ramadan yang mulia, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meneruskan Program Sumbangan Kebajikan Ihya' Ramadan 1443 kepada Madrasah Darul Ilmi Pondok Bukit Gading di Masjid Pondok Bukit Gading pada hari ini. Pondok ini merupakan antara pusat pengajian agama Islam yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat di negeri Kelantan.
 
YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menyampaikan sumbangan kepada YB ADUN Gual Periok, Dato' Ustaz Mohamad bin Awang, yang juga merupakan Pengerusi Pondok Bukit Gading dalam majlis serba ringkas itu. Pada majlis yang sama, turut disumbangkan kain pelekat serta kain telekung kepada warga Pondok Bukit Gading.
 
"Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak membantu Pondok Bukit Gading untuk terus membangun dalam mendidik masyarakat agar berilmu dan bersyakhsiah tinggi di samping menginsafi diri di kala usia semakin meningkat." kata Tuan Haji Ab Aziz dalam ucapannya.
 
Sebagai tanda sokongan, PKINK menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban pihak pengurusan pondok dan membantu kerja-kerja pembangunan dan pemeliharaan infrastruktur di pusat pengajian ini.
Turut hadir, YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail dan YBrs. Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Pn Hajah Ahlaami binti Abd Halim.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today279
Yesterday1006
This week2105
This month15944
Total1094258

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas