warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PONDOK LUBUK TAPAH

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 16 Apr – Institusi pendidikan agama Islam di negeri Kelantan merupakan teras pembangunan masyarakat yang berilmu dan berwibawa.
 
Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Ihya' Ramadan 1443 kepada Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah di Masjid Pondok Lubuk Tapah Lemal, Pasir Mas hari ini.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En. Ahmad Nazri bin Hj Ismail yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah dalam majlis ringkas selepas solat fardu Asar berjemaah.
 
"Kita berbesar hati kerana Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah sudi untuk turun sendiri menerima sumbangan yang tidak seberapa ini. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penghuni pondok semua, Insya-Allah", katanya lagi.
 
Untuk rekod, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK merangkap Pengerusi Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah. Pondok Lubuk Tapah merupakan antara institusi yang menggunakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan sumbangan PKINK adalah antara satu bentuk sokongan bagi pembangunan pusat-pusat pengajian warisan ini.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today266
Yesterday1006
This week2092
This month15931
Total1094245

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas