PKINK SUMBANGKAN 1,000 PASANG KASUT KEPADA YIK
KOTA BHARU, 30 Mei - Kebajikan anak didik di sekolah juga menjadi sebahagian tumpuan Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Baru-baru ini, PKINK telah menyumbangkan sejumlah 1,000 pasang kasut hitam kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf yang menuntut pelajaran di sekolah-sekolah YIK.
Sumbangan telah disampaikan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK dan gimik disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Ab Aziz Yunus kepada YBrs. Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, Haji...