warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

SEKOLAH DAN USAHAWAN PMKS MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 29 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat cakna akan kebajikan Institusi Pendidikan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Melalui Yayasan Iktisad Darulnaim (YID), PKINK telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Sekolah dan PMKS di Dewan Makan VIP, PKINK pada hari ini.
 
Majlis ringkas itu telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Sumbangan telah disampaikan kepada SMU (A) Istiqamah, Badang; Maahad Pengajian Islam; SMU (A) Ismailiah; Pengusaha Kek, Biskut dan Popia Basah; dan Kejuruteraan Yie Kg Kutan dalam bentuk wang tunai bagi tujuan kemudahan peralatan dan pembangunan pihak penerima.
 
Tuan Haji Ab Aziz, dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima yang berjaya terpilih daripada permohonan-permohonan yang telah diterima.
 
Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Perundangan & Integriti Kumpulan, Pn Hajah Ahlaami Abd Halim; Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; serta Pengurus Audit Dalaman Kumpulan, En Zainul Amin Mat Zin.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today251
Yesterday692
This week943
This month9498
Total1066849

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas