KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MERASMIKAN KEDAI USAHAWAN PKINK
KOTA BHARU, 28 Jun - Pembangunan usahawan tempatan di antara peranan utama yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan hampir RM140,000 telah dibelanjakan bagi membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sejak tahun 2020. Semalam, YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Syafiq's Cake Confessions di Bangunan KBCP, Kota Bharu.
En Mohd Syafiq Mohd Hasnan merupakan pengasas Kedai Kek Syafiq's Cake Confessions. Pada tahun 2018, beliau mendirikan sebuah...