warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

YAB PERDANA MENTERI JELAJAH KE NEGERI KELANTAN

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 23 Jul - Bersempena tema Kerajaan sesi ini #KeluargaMalaysia, Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah diadakan di Kota Bharu selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Julai 2022.
 
Perdana Menteri berkata, Sebagai negeri yang bergelar Serambi Mekah, Keluarga Malaysia Kelantan pastinya sudah serasi dengan konsep 'Tasamuh', yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadikan tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia itu sendiri.
 
"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi membantu rakyat Kelantan seramai melebihi 550,000 orang yang memerlukan melalui inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)", katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, hari ini.
 
Beliau turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 9 orang Anak Yatim yang kehilangan ibu bapa akibat ledakan wabak jangkitan Covid-19 baru-baru ini.
 
Sementara itu, YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YAB Perdana Menteri atas kesudian bertandang ke Kelantan bagi mengadakan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
 
Turut hadir, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa, Menteri Komunikasi dan Media; YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; Ahli-ahli Parlimen; Ahli-ahli DUN Kelantan serta Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Kelantan.
 
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai agensi utama kerajaan negeri Kelantan turut menyertai pameran agensi bersama Syarikat Kumpulan mengikut sektor antaranya sektor perkhidmatan, perladangan, perlombongan dan perumahan.
 
YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus berkata, dengan adanya program sebegini mampu merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan agensi kerajaan dengan rakyat sesuai dengan tema Keluarga Malaysia.
 
"Saya juga yakin program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini mampu meningkatkan kebolehpasaran produk-produk usahawan PMKS Kelantan terutamanya usahawan KALA Sentral," katanya selepas lawatan Perdana Menteri ke reruai PKINK.
 
Dalam kesempatan itu, Tuan Haji Ab Aziz Yunus turut menyampaikan cenderahati tanda kenangan buat Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan melawat reruai Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today254
Yesterday692
This week946
This month9501
Total1066852

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas