KPEK PKINK MERASMIKAN KURSUS PROTUNE 2022
BESUT, 25 Sep - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Kem Keusahawanan Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 pada 25-27 September 2022 di Tanjung Demong Beach Resort.
Selaku jabatan utama dalam pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, PKINK melalui program PROTUNe ini bertujuan melatih dan mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan.
Program tersebut melibatkan seramai 200 orang pelajar dan 80 orang guru daripada sekolah-sekolah terpilih seluruh Negeri Kelantan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan...