PKINK BERI ILMU USAHAWAN KEPADA PENGHUNI PPAM
MACHANG : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Kumpulan telah bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang (PPAM) menganjurkan Bengkel Asas Perniagaan dan Asas Pemasaran Digital bertempat di PPAM pada 29 Mei lalu.
Kursus yang telah dihadiri oleh 50 penghuni PPAM ini dikendalikan oleh Dr. Tuan Mohd Shamsuddin Tuan Noor daripada Alif Creative yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital.
Antara pengisian bengkel satu hari itu adalah perkongsian ilmu tentang pengenalan asas perniagaan dan keusahawanan, etika keusahawanan,...