KUNJUNGAN HORMAT TERAJU KE PKINK
KOTA BHARU, 21 Jul - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini pada hari ini. Kunjungan ringkas ini bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat dijalin di antara TERAJU dan PKINK.
TERAJU berperanan menggalakan penyertaan Bumiputera dalam industri strategik yang berimpak tinggi ke arah menghasilkan ekosistem pembangunan Bumiputera yang mampan, dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
Sebagai tanda penghargaan, YBrs. Timbalan Ketua...