KUNJUNGAN HORMAT SPRM KE PKINK
KOTA BHARU, 14 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bilik Gerakan PKINK di sini pada hari ini.
Pertemuan ringkas tersebut bertujuan bagi membincangkan program-program penerangan pencegahan rasuah yang dapat dilaksanakan untuk anggota PKINK pada masa akan datang.
Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) PKINK, En Hishamuddin Hussein menyampaikan cenderahati kenang-kenangan dalam sesi pertukaran cenderahati bersama Timbalan Pengarah Outreach, bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Tuan Ab Muneim Ibrahim.
Turut Hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan PKINK, Pn Hajjah Ahlaami binti Abd Halim; Ketua Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan dan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Tuan Awang Samsul Baharum Bunso; serta Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Tuan Azizi bin Abdul Latif.