warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH 2022

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 3 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1444H/2022M di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini semalam.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberi pendedahan dan penerangan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) 355 kepada masyarakat.

Turut diadakan Demonstrasi Sebatan menurut Hukuman Syariah dan Sivil serta Forum bertajuk "Undang-Undang Islam: Keliru & Celaru" bersama panel YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, YBrs. Dr Nurhafilah binti Musa dan moderator YBrs. Tuan Nik Bahrum bin Nik Abdullah.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan amat menyokong RUU 355 dan akan terus memperjuangkannya sehingga berjaya diluluskan sebagai sebahagian undang-undang Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Ustaz Dato' Haji Abdullah bin Yakub; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud serta Pengarah JAHEAIK, YB Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today213
Yesterday692
This week905
This month9460
Total1066811

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas