warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK BERI ILMU USAHAWAN KEPADA PENGHUNI PPAM

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MACHANG : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Kumpulan telah bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang (PPAM) menganjurkan Bengkel Asas Perniagaan dan Asas Pemasaran Digital bertempat di PPAM pada 29 Mei lalu.

Kursus yang telah dihadiri oleh 50 penghuni PPAM ini dikendalikan oleh Dr. Tuan Mohd Shamsuddin Tuan Noor daripada Alif Creative yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital.

Antara pengisian bengkel satu hari itu adalah perkongsian ilmu tentang pengenalan asas perniagaan dan keusahawanan, etika keusahawanan, kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan, strategi keusahawanan dan pemasaran digital.

Bengkel yang diadakan dibawah Program Latihan Keusahawanan Pasca Covid-19 (PASCA) ini merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat PKINK dalam membantu para penghuni merasai sendiri proses mengenal pasti dan mengejar peluang perniagaan selepas dibebaskan kelak.    

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today209
Yesterday692
This week901
This month9456
Total1066807

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas