warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PELANCARAN EKSA 2022 DAN GOTONG ROYONG PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 20 Ogos - Bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menaiktaraf kualiti perkhidmatan awam, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disambut baik oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
 
YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Gotong Royong bagi Pelaksanaan EKSA di PKINK bagi tahun 2022 di Perkarangan Bangunan PKINK di sini pada hari ini.
 
"Kebersihan dan kekemasan premis pejabat melambangkan kualiti dan kesungguhan kita dalam pekerjaan seharian, selain membawa imej yang murni kepada para pelanggan dan pelawat yang berurusan di PKINK" kata Tuan Haji Ab Aziz dalam ucapannya.
 
Turut diucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia program dan semua yang hadir untuk kerja-kerja gotong royong meskipun mengambil masa cuti rehat hujung minggu ini.
 
Program yang bermula jam 8.30 pagi dengan aktiviti senamrobik melibatkan seluruh anggota PKINK. Kemudian, bersama-sama mencuci dan mengemas bahagian masing-masing sehingga jam 12.30 tengah hari.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (P&P), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian Kumpulan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today254
Yesterday692
This week946
This month9501
Total1066852

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas