warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KAYUHAN UKHUWAH PMINT - PKINK ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGERI

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 17 Jul – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Haji Wan Adnan Wan Derahman telah menyertai program Kayuhan Ukhuwah PMINT - PKINK 2022 di Perkarangan Bangunan PMINT di sini, semalam.
 
Lebih menarik, Kayuhan yang membabitkan 100 peserta dari PKINK dan PMINT turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengurusan Kumpulan PKINK dan PMINT.
 
Walaupun hujan renyai, kesemua peserta berbasikal berjaya menamatkan kayuhan sejauh 29 kilometer di sekitar bandar raya ini.
 
Wan Adnan berkata, Program Jalinan Ukhuwah PKEN yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan Kejohanan Futsal Empat Penjuru dan Kayuhan Ukhuwah PMINT - PKINK.
 
"Aktiviti sebegini selain menyihatkan badan serta membantu menjana ekonomi dan industri pelancongan tempatan secara tidak langsung dapat memupuk budaya hidup sihat di kalangan penjawat awam.
 
"Program ini juga mencapai matlamat untuk merapatkan hubungan antara PKEN dan diharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.
 
Sementara itu, Ab Aziz berkata, program ini merupakan kunjungan balas PKINK bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara PKINK dan PMINT.
 
"Melalui program kayuhan berbasikal ini, selain dapat mengenali lokasi menarik dan menikmati keindahan negeri pesisir pantai ini, ia juga dapat mengeratkan hubungan ukhuwah antara dua PKEN.
 
"Program ini turut menyatukan dua negeri serta memperkukuhkan aspek ekonomi negeri khususnya," katanya.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today68
Yesterday907
This week6771
This month13442
Total1223733

2024-10-13

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas