KUNJUNGAN HORMAT MIDA KE PKINK
KOTA BHARU, 23 Mei - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Bilik Gerakan PKINK pada hari ini.
Dalam pertemuan yang ringkas ini, rombongan yang diketuai oleh YABrs. Pengarah Eksekutif, Pengurusan Tertinggi (Penggalakan Pelaburan) MIDA HQ, En Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berharap agar dapat membincangkan peluang-peluang pelaburan yang baik di samping membina kerjasama yang utuh di antara PKINK dan MIDA.
Sebagai tanda penghargaan, Tuan Haji Ab Aziz menyampaikan...