Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT TELEKOM MALAYSIA KE PKINK

KOTA BHARU, 10 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Telekom Malaysia Cawangan Kelantan di Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini.

Pertemuan ringkas ini bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dalam perniagaan di antara kedua-dua pihak ini. Sebagai penghargaan, Haji Ab Aziz menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada pihak TM Cawangan Kelantan yang hadir.

Kunjungan tersebut telah disertai oleh Pn Rozainee Muhamad Pengurus Besar TM Cawangan Negeri Kelantan, En Zainudin Ibrahim, Pengurus SRE dan En Daros Stam, Pengurus SRE.