warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

IQSB SUMBANGKAN RM2.5 JUTA KE TABUNG SERAMBI MEKAH

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 24 Mei - Sektor Perkhidmatan, terutamanya telekomunikasi, merupakan antara sektor utama yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Peneraju utama sektor ini di negeri Kelantan dipelopori oleh syarikat anak PKINK, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB).

Dengan penubuhannya semenjak tahun 1997, IQSB yang dahulunya mempunyai hanya 29 menara sahaja, kini mengendalikan 345 struktur komunikasi termasuk lampole, monopole dan terkini adalah Rapid Deployment System (RDS) di seluruh jajahan Negeri Kelantan.

Dengan kerjasama PKINK, IQSB telah mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak bagi menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-25 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merangkap Pengerusi Eksekutif IQSB, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam ucapannya menyatakan bahawa "IQSB merupakan antara penyumbang tegar dalam bentuk CSR kepada kerajaan Negeri Kelantan."

Bersempena ini juga, IQSB telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM2.5 juta kepada kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Serambi Mekah bagi menyokong urusan bantuan dan pengurusan bencana negeri.

YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob turut berkata "IQSB sebagai One-Stop Agency (OSA) telah menyumbang melebihi RM1 juta setiap tahun kepada tabung-tabung kebajikan milik Kerajaan Negeri Kelantan."

Dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi IQSB, Tuan Haji A'sri Che Ali serta Tuan Haji Ab Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan gimik perasmian dan menyaksikan tayangan montaj profail IQSB.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Ahli Parlimen dan ADUN seluruh Negeri Kelantan; serta wakil syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyewa menara dengan IQSB.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today262
Yesterday692
This week954
This month9509
Total1066860

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas