CERAMAH BERSEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1443 (SIRI 1)
KOTA BHARU, 30 Mac - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Ceramah Bersempena Menyambut Ramadan 1443 (Siri 1) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK semalam. Majlis ringkas ini bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zuhur berjemaah melibatkan seluruh anggota PKINK.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Al-Fadhil Ustaz menekankan bahawa teramat rugilah bagi...