Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS UCAPTAMA KPEK PKINK TAHUN 2022

KOTA BHARU, 9 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bagi Tahun 2022 di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis ini melibatkan seluruh anggota Pengurusan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak PKINK.   Dalam ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan PKINK memperolehi Penarafan 5 Bintang Pengauditan Pembudayaan UMI tahun 2021 sempena Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan Kepada...

Continue reading

PKINK MENERIMA ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG AUDIT UMI 2021

KOTA BHARU, 6 Jan – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan untuk Penjawat Awam Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Jamuan Utama SUK, Kota Bharu baru-baru ini.   Bagi tahun 2022, YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob telah menekankan 10 perkara di dalam amanat beliau untuk diambil perhatian oleh semua penjawat awam, iaitu: Keseimbangan; Keutamaan; Kolaborasi; Kebersamaan; Sebaran Maklumat;...

Continue reading

SK KANGKONG MENERIMA CAT BARU BANGUNAN SEKOLAH

PASIR MAS, 23 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat prihatin dengan keselesaan dan keceriaan para pelajar serta warga pendidik di Kelantan. Hari ini, telah dirasmikan Majlis Penyerahan Pengecatan Bangunan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas Kelantan. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Projek Impak Tinggi People Centric di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019. Selama 10 minggu, projek bernilai RM98,200.00 ini telah berjaya disiapkan pada 10 November 2021 oleh pihak kontraktor dari H. Ifzan Enterprise. Selain dari...

Continue reading

LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN KE AR-RAHN SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ar-Rahn Sungai Petani. Ar-Rahn Sungai Petani yang telah mula beroperasi pada 2008 merupakan antara pajak gadai islam yang terawal di Malaysia dan diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu syarikat anak PKINK. Lawatan kerja yang bertujuan melihat lebih dekat perkembangan Ar-Rahn Cawangan Sungai Petani itu telah disambut oleh Pengurus Cawangan Ar-Rahn Sungai Petani, En. Ahmad Sufdri Saiful Amri bin Ahmad Subri dan anggota-anggotanya. ...

Continue reading

PKB METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UUM

SINTOK, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut sama hadir ke Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat Anak PKINK iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di UUM pada hari ini, 21 Disember 2021. Majlis yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM itu merupakan permulaan kerjasama erat di antara PKB dan UUM di mana UUM akan menawarkan kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan...

Continue reading