Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK MENERIMA KUNJUNGAN DARI BANK MUAMALAT

KOTA BHARU, 27 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus hari ini menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad di Bilik Gerakan, Bangunan PKINK Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pengurus Pejabat Wilayah Pantai Timur, En Mazli bin Awang itu mengadakan pertemuan selama hampir 1 jam. Pertemuan tersebut antara lain membincangkan mengenai jalinan hubungan dan peluang kerjasama di antara pihak PKINK dan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, En Hishamuddin...

Continue reading

YB MENTERI KEWANGAN JELAJAH KALA SENTRAL PKINK

KOTA BHARU, 16 Januari 2022 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyambut kunjungan daripada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia bersama rombongan bersempena Program Jelajah Bajet 2022 di KALA Sentral, Kota Bharu pada hari ini.   KALA Sentral merupakan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Kelantan yang bertujuan memasarkan produk-produk yang dihasilkan usahawan tempatan berasaskan makanan dan minuman, pakaian, kraftangan dan cenderamata secara runcit dan borong. Sejak dibuka pada 6 Disember...

Continue reading

YB MENTERI KEWANGAN MERIAHKAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-5 PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Januari 2022 – Sempena Program Jelajah Bajet 2022, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan hadir memeriahkan Sambutan Ulangtahun ke-5 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.   Sejak pembukaan semula UTC Kelantan pada 15 Jun 2020 hingga akhir Disember 2021, seramai 404,863 pengunjung telah direkodkan. Manakala purata pengunjung bulanan pada tahun 2021 adalah seramai 16,436 pengunjung.   Pihak UTC Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz...

Continue reading

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 1

KOTA BHARU, 12 Jan – Keberkatan merupakan elemen yang amat penting dalam perusahaan satu-satu perniagaan. Justeru, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kalinya telah menganjurkan Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting semalam. Webinar ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK dengan tajuk Mencari Keberkatan Dalam Perniagaan “Perniagaan Itu Sunnah”.   YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bertegas bahawa para peniaga dan usahawan harus menjauhi...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Encik Mohd Rozi bin Mohd Noor dan Puan Noorha binti Mohd Zain pada hari ini. Majlis yang diatur secara ringkas ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu-satunya tanda kenangan terindah buat mereka. Semenjak tahun 1982, Encik Mohd Rozi telah menabur bakti di PKINK selama 39 tahun sehingga bersara wajib pada 6 Januari 2022. Manakala, Puan Noorha telah memberikan khidmat selama 38 tahun...

Continue reading