PENYERAHAN ALMARI MAKANAN PKINK MASJID MUKIM PERINGAT
KOTA BHARU, 14 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat menitikberatkan kebajikan rakyat sebagai elemen utama dalam tanggungjawab sosial korporat Kumpulan. Hari ini di Masjid Mukim Peringat, PKINK telah mengadakan Program Penyerahan Almari Makanan PKINK bagi memudahkan urusan penyimpanan barangan sumbangan Food Cupboard yang diperuntukkan setiap bulan. Almari di Masjid Mukim Peringat ini merupakan salah satu daripada 23 buah almari yang diserahkan kepada 23 buah masjid yang terlibat di seluruh Kelantan.
Program Food Cupboard PKINK ini merupakan satu program kebajikan...