PENARAFAN LIMA BINTANG APC 2020 DITERIMA OLEH IQSB
KOTA BHARU, 27 Februari – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2020 di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu baru-baru ini. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2020.
Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2020. Syarikat ini berperanan...