warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

MAJLIS PELANCARAN BULAN WAKAF MAIK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 27 Jun - YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Wakaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang hari ini.
 
Titah Perasmian serta Gimik Pelancaran Bulan Wakaf telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, selaku Yang Dipertua MAIK.
 
Majlis tersebut turut mengadakan Sesi Tandatangan Perjanjian Usahasama di antara MAIK dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Melalui usahasama ini, MAIK telah memberi kuasa mutawalli kepada USM, UMK dan YIK bagi mengutip wakaf tunai yang kemudiannya wang tersebut akan digunakan untuk tujuan pendidikan atau kesihatan sebagaimana kuasa diberikan.
 
Sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM189,040.19 daripada pelbagai pihak dan agensi turut disampaikan kepada YIK, UMK dan USM dalam majlis itu.
 
YABrs Tuan Haji Ab Aziz turut menerima Kit Promosi Bulan Wakaf untuk diedarkan kepada jabatan serta Syarikat Anak Kumpulan.
 
Turut hadir, YABrs Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman; YB Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Dato' Haji Norazman bin Abd Ghani; YB Sahibus Samahah Mufti Negeri Kelantan, Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad; YB Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Mohamad; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Jajahan; Ketua-ketua Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta Imam-imam Masjid Bandar.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today273
Yesterday692
This week965
This month9520
Total1066871

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas