warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MERASMIKAN KEDAI USAHAWAN PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 28 Jun - Pembangunan usahawan tempatan di antara peranan utama yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan hampir RM140,000 telah dibelanjakan bagi membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sejak tahun 2020. Semalam, YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Syafiq's Cake Confessions di Bangunan KBCP, Kota Bharu.
 
En Mohd Syafiq Mohd Hasnan merupakan pengasas Kedai Kek Syafiq's Cake Confessions. Pada tahun 2018, beliau mendirikan sebuah syarikat (enterprise) bernama Shafiq Artis Pastry. Kemudian, beliau telah mendapat bantuan peralatan dari PKINK berbentuk Double Decker Oven dan 5kg Mixerpada tahun 2020. Kini, pendapatan beliau mencecah RM15,000 sebulan.
 
Dalam ucapannya, Tuan Haji Ab Aziz merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemilik Syafiq's Cake Confessions itu dan mendoakan keberkatan dan kerahmatan dalam setiap kejayaan yang diperolehi di masa akan datang. En Mohd Syafiq merupakan antara usahawan yang berjaya dan cemerlang di bawah bimbingan Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK yang diketuai oleh YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today279
Yesterday692
This week971
This month9526
Total1066877

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas