warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

CERAMAH IHYA' RAMADAN 1443 (SIRI 4)

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 26 Apr - Sebagai penutup bagi Program Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Ceramah Ihya' Ramadan (Siri 4) yang terakhir di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi bin Mat Yusoff, Pegawai Agama Jajahan Bachok. Dalam ceramahnya, Ust Suratemi menyenaraikan lima (5) tanggungjawab (5T) terhadap Al-Quran iaitu: Tilawah (Membaca Al-Quran), Tafsir (Memahami Al-Quran), Tadabbur (Menghayati Al-Quran), Tatbiq (Mengamalkan Al-Quran), Tahfiz (Menghafal Al-Quran). 5T ini merupakan sebahagian amalan dan usaha untuk tergolong dalam Ahli Al-Quran.

Di akhir majlis, YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud telah menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan daripada PKINK kepada Al-Fadil Ustaz Suratemi atas kesudian menjadi penceramah pada hari ini. Siaran ceramah secara langsung turut diadakan di laman rasmi Facebook PKINK.

Turut Hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan, Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan serta anggota Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today292
Yesterday1006
This week2118
This month15957
Total1094271

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas