Accessibility Tools

Skip to main content

KB-DABONG BREAKAWAY

DABONG, 11 Nov - Kelab Sukan & Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK telah menganjurkan Program KB-Dabong Breakaway (Berbasikal Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK) pada 11 hingga 12 November 2020. Penyertaan peserta program ini seramai 51 orang yang terdiri daripada ahli-ahli KSKK di Perbadanan dan Syarikat Anak. Program bermula dengan ucapan perasmian dan pelepasan peserta yang disempurnakan oleh YABrs. Tn Hj Abd Aziz Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Kilang Sawit Tapis. “Para peserta Program KB-Dabong Breakaway perlu mengamalkan ‘safe-cycling’ dan saya...

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UBUDIYYAH, MASULIYYAH & ITQAN (UMI) DI PKINK

KOTA BHARU, 5 Nov –Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai agensi terawal yang mempelopori pembudayaan UMI dalam organisasi meneruskan agenda pembudayaan dan penghayatan UMI melalui Program Kuliah Pembudayaan UMI di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Johari bin Mat, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG). Program ini dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah.   Sejajar dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang diperkenalkan semasa kepimpinan...

Continue reading

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DI ANTARA KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN KELANTAN ICT GATEWAY SDN BHD

KOTA BHARU, 4 Nov – Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan hari ini telah menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan aktiviti pengauditan integriti keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi di Negeri ini. Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan menara dan struktur pemancar telekomunikasi sentiasa berada dalam keadaan kukuh, selamat dan sentiasa diselenggara supaya tidak menjejaskan keselamatan masyarakat setempat. Selain itu, melalui...

Continue reading

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH

KOTA BHARU, 31 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Haji Ab Aziz Bin Yunus hadir ke Majlis Sambutan Hari Hududullah Sempena 3 Dekad Pentadbiran Negeri Kelantan Membangun Bersama Islam di Dewan Besar, Balai Islam, Kota Bharu Kelantan pada hari ini.   Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Di majlis ini juga turut diadakan penyampaian Kad Skuad Amru kepada Ketua-ketua Jajahan seluruh Kelantan.   ...

Continue reading

PELEPASAN KEMBARA 30 TAHUN MBI

KOTA BHARU, 29 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus telah membuat pelepasan ‘flag-off’ konvoi bagi Program Kembara 30 Tahun Membangun Bersama Islam Kelantan – Terengganu anjuran Persatuan Mawaddah Kelantan (Mawaddah) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Terengganu.   Program sepanjang dua hari ini diketuai oleh Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, Pengarah Program merangkap Setiausaha Persatuan Mawaddah Kelantan, melibatkan konvoi sebanyak 30 buah motosikal (simbolik kepada 30 tahun...

Continue reading