Accessibility Tools

Skip to main content

KURSUS TRAINING OF TRAINERS GURU PEMBIMBING PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe) 2020

Alor Setar - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan kursus Training of Trainers kepada guru pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) pada 23-27 Julai 2020 bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Kursus ini melibatkan 40 buah sekolah yang terdiri dari 19 buah sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan 21 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru pembimbing berkenaan penubuhan syarikat PROTUNe bagi tahun 2020. Kursus ini...

Continue reading

PKINK SERTAI PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2020

KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengambil bahagian dalam perarakan kenderaan jabatan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2020 bertempat di Kompleks Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini. Majlis Sambutan Hari Malaysia ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakob. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Kaya Setia Dato’ Nazran Muhammad dan Ketua Pegawai...

Continue reading

LAWATAN TAPAK DAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA  

Pengkalan Chepa – YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan bersama-sama YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hadir ke lawatan tapak cadangan dan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Rancangan Malaysia.   Delegasi dari JPM ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus bersama-sama Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, Tuan Muhammad...

Continue reading

PKINK Sumbang Bantuan Kewangan Kepada PAPISMA Kelantan

KOTA BHARU 14 Mei: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim menyalurkan bantuan tunai kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap usaha melawan penularan wabak COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata sumbangan ini bertujuan membantu pihak PAPISMA menyediakan peralatan perlindungan diri untuk kegunaan para petugas di hospital dan klinik kesihatan. “Sumbangan ini adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh PKINK untuk turut sama membantu menangani wabak...

Continue reading

Pesara PKINK Terima Sumbangan Khas

KOTA BHARU 13 MEI : Pesara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerima sumbangan khas kewangan dan barangan keperluan asas daripada PKINK dalam satu majlis penyerahan sumbangan khas yang telah diadakan . Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sambutan Ramadan pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelum lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan aktiviti seharian dan pergerakan masyarakat termasuklah pesara PKINK. “Menyedari kesukaran itu, PKINK mengambil inisiatif...

Continue reading