Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM DERMA DARAH MERDEKA 2020

KOTA BHARU, 26 Ogos 2020 – Hotel Al Ansar dan Unit Tabung Darah, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bekerjasama dengan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) Negeri Kelantan menganjurkan Program Derma Darah Merdeka 2020 di Dewan Al-Ansari, Hotel Al Ansar, Kota Bharu. Program ini diadakan bersempena Hari Kebangsaan yang ke -63 yang bakal menjelang. Pegawai Perubatan (HRPZII) Dr. Nur Hidayah Bakri menyifatkan program kerjasama ini adalah satu langkah yang baik untuk menggalakan masyarakat Kelantan tampil menderma darah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan masyarakat membantu...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT MATRADE KE PKINK

KOTA BHARU 26 OGOS – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK.   Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Transformasi & Perdagangan Digital, Tuan Haji Amran Yen adalah bertujuan bagi membincangkan jalinan kerjasama membangunkan usahawan dalam bidang eksport serta mempromosikan produk-produk usahawan Kelantan ke peringkat antarabangsa.   MATRADE akan...

Continue reading

PKINK LAWAT KILANG KPK

DABONG 19 Ogos – Pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan lawatan pemantauan korporat ke Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) di Kampung Stong Kemubu.   Lawatan yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Korporat ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus. Lawatan ini merupakan salah satu dari siri lawatan ke anak syarikat Kumpulan PKINK yang diaturkan dengan tujuan untuk meninjau operasi syarikat secara dekat dan mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang permasalahan di syarikat agar dapat segera...

Continue reading

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS KOTA BHARU

KOTA BHARU 18 Ogos : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.   Kunjungan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik antara PKINK bersama PDRM Kelantan. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan isu-isu keselamatan, integriti, perundangan dan siasatan agar kedua pihak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.   Turut hadir,...

Continue reading

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT JURUTERA MALAYSIA (IEM)

KOTA BHARU 10 Ogos : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Institut Jurutera Malaysia Cawangan Kelantan (IEM) di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini. Kunjungan yang diketuai oleh Ir. Shipuddin Shapii adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara IEM dan PKINK dalam aspek sains dan kejuruteraan bagi bersama-sama membantu membangunkan sektor pembinaan di Negeri Kelantan. Pada pertemuan itu juga, IEM menyatakan hasrat untuk bekerjasama...

Continue reading