Accessibility Tools

Skip to main content

KSKK PKINK BANTU ANGGOTA KUMPULAN TERJEJAS PKP

KOTA BHARU 12 April : Anggota Kumpulan Pelaksana Kumpulan PKINK yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan pada ketika ini telah mendapat perhatian Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK). Pemangku Yang Dipertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Salleh berkata, KSKK PKINK merasakan anggota kumpulan yang berpendapatan rendah dan pasangan tidak berpendapatan tetap serta mempunyai tanggungan yang ramai wajar diberi perhatian. Jelasnya, agihan barangan keperluan asas akan diadakan dua siri di mana pusingan pertama pada kali ini melibatkan 50 anggota yang telah...

Continue reading

AN NISA’ Terima Sumbangan 100 Pelindung Muka

KOTA BHARU 5 April : Walaupun Pusat Perubatan An Nisa’ (An Nisa’) tidak terlibat secara langsung dengan pengendalian kes COVID-19, langkah berjaga-jaga serta pencegahan tetap diambil dan menjadi keutamaan kakitangan bertugas dalam menguruskan proses bersalin dan perkhidmatan pembedahan di pusat perubatan ini. Berikutan bekalan pelindung muka adalah terhad pada ketika ini. Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMM) tampil menyumbangkan 100 unit pelindung muka yang dibuat khas untuk kegunaan kakitangan pusat perubatan ini. Sumbangan itu disampaikan oleh Naib Pengerusi BSMM Kelantan, Mohd...

Continue reading

PKINK BANTU BSMM KELANTAN MENYEDIAKAN SET LENGKAP PPE

KOTA BHARU 1 April: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi sumbangan kewangan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMM) bagi menyediakan set lengkap Peralatan Perlindungan Diri (PPE) termasuk pelindung muka untuk keperluan petugas barisan hadapan dalam usaha mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata sumbangan kewangan ini untuk membantu pihak BSMM yang bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan set PPE dan pelindung muka yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan...

Continue reading

PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DIHARGAI

KOTA BHARU: Ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19, barisan doktor, jururawat serta kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan semua hospital di seluruh negara merupakan barisan hadapan yang setia menggalas tugas mengekang wabak yang sedang tular ini. Barisan hadapan ini bekerja siang dan malam bagi memastikan para pesakit yang positif Covid-19 kembali sembuh dan tidak menjangkiti orang lain. Mengambil kira komitmen dan pengorbanan mereka, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tampil untuk memberikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada barisan...

Continue reading

Kecekapan Komunikasi Anggota Kumpulan PKINK Ditingkatkan Melalui Penganjuran Kursus Komunikasi Berimpak

KOTA BHARU : Komunikasi adalah penting dalam organisasi sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Kaedah komunikasi yang baik dapat memastikan penyaluran sebarang maklumat dalam organisasi adalah tepat. Selain itu, kepimpinan yang berkualiti juga banyak bergantung kepada rantaian komunikasi yang efektif di mana setiap arahan dapat disampaikan dengan jelas ke arah menggerakkan misi dan visi organisasi. Sekiranya masalah komunikasi berlaku, maka kelancaran gerak kerja dan hala tuju sesebuah organisasi akan terbantut. Menyedari hakikat betapa pentingnya komunikasi dalam sesebuah...

Continue reading