Accessibility Tools

Skip to main content

KEJOHANAN DART DAN KAROM TERTUTUP KELANTAN 2020 KUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN

KOTA BHARU 9 Feb : Kejohanan Sukan Dart (Beregu) dan Karom (Beregu) Tertutup Kelantan 2020 Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK anjuran PKINK membuka ruang kepada peminat 'indoor games' untuk mengembangkan bakat. Kejohanan yang diadakan melalui kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), Kelstone Sdn Bhd dan UTC Kelantan berjaya menarik penyertaan 100 regu bagi kedua-dua acara tersebut. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan Zuraidin Abdullah berkata, agensi kerajaan perlu meneruskan aktiviti penganjuran program sukan...

Continue reading

LASAK 2.37 – BENGKEL YOUTUBER

KOTA BHARU- 8 FEBRUARI 2020 - Kesinambungan Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK yang diuruskan oleh Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK diteruskan untuk tahun ketiga.  Program ini membuka tirai bagi tahun 2020 dengan penganjuran LASAK 2.37 Bengkel YouTuber yang dikendalikan oleh penceramah jemputan Encik Wan Muhammad Asraff Wan Jeffery, Pengurus Eksekutif Jualan Monaliza & Mastura Enterprise Sdn Bhd. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Muhammad Syafiq Ibrahim selaku Penolong Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa...

Continue reading

KURSUS PENULISAN MENINGKATKAN KECEKAPAN MENULIS ANGGOTA PKINK

  KUALA TERENGGANU, 1 Feb : Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada tahap pengetahuan, kecekapan dan kemahiran anggota organisasi dalam melaksanakan tugas. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Minit Mesyuarat Berkualiti bagi memastikan sebarang dokumen yang dihasilkan adalah berkualiti.   Kursus tiga hari yang bermula pada 30 Januari hingga 1 Februari 2020 bertempat di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu telah dikendalikan oleh Encik Mat Zizi Ismail dan Puan Sapinah Zakaria...

Continue reading

MAJLIS UCAPTAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK 2020

KOTA BHARU, 23 Januari : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Bin Yunus telah menyampaikan amanat tahun 2020 kepada pengurusan dan anggota Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2020 yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre hari ini. Warga Kumpulan PKINK diseru supaya menghayati Strategi Lautan Hijau yang mana di dalamnya terdapat Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 yang menjadi rujukan dan panduan utama bagi Kumpulan PKINK dalam merangka hala tuju dan...

Continue reading

Peserta Khatan Dirai Bagai Raja Sehari

KOTA BHARU, 15 Dis : Seramai 50 orang anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dirai bagaikan raja sehari apabila diarak membonceng motosikal berkuasa tinggi sejauh lima kilometer menuju ke Program Sunathon Amal I Kasih 2019 anjuran bersama Rantaian Kasih Malaysia Cawangan Kelantan (i-Kasih Kelantan) dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEKelate) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dan beberapa NGO yang terlibat di sini.Anak-anak turut disuap pulut semangat dan dimandikan dengan semburan air daripada jentera Bomba  dari Balai Bomba dan...

Continue reading