Accessibility Tools

Skip to main content

LASAK 2.31 : Bengkel eCommerce - Shopee

KOTA BHARU : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menganjurkan Bengkel eCommerce - Shopee bertempat di Bilik Seminar Kelantan ICT Gateway, UTC Kelantan pada 29 Oktober 2019. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 peserta dari seluruh Negeri Kelantan ini dikendalikan oleh Coach Zulhazri Azmi yang merupakan antara Top 3 Best Master Trainer program e-Usahawan dan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran. Bengkel yang diadakan melalui inisiatif...

Continue reading

ANGGOTA PKINK DAN PMBK DI TERAPKAN ILMU PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN PENGAUDITAN PEMATUHAN

KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Audit Dalaman Kumpulan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Bahagian Audit Dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Berdasarkan Pengauditan Pematuhan bertempat di Dewan 202, Kelantan Trade Centre (KTC), di sini baru-baru ini.Kursus yang dihadiri oleh lebih 70 peserta daripada anggota Kumpulan PKINK dan PMBK ini dikendalikan oleh Pengarah Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), Johari Ismail yang menekankan...

Continue reading

PROTUNE CUNGKIL BAKAT USAHAWAN MUDA

BESUT 17 Oktober : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa (BUIPA) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan(JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNE) Peringkat Negeri Kelantan 2019 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 14-17 Oktober lalu. Program yang disertai oleh 21 buah sekolah itu melibatkan 9 buah sekolah di bawah JPN dan 11 buah sekolah di bawah YIK dengan penglibatan seramai 42 guru...

Continue reading

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 13 Okt : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Rahmat Hassan, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Jurutera Gred JA38, Mohd Asiff Mohd Idris, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26 dan Mohd Zali Mat, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26. Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan...

Continue reading

KPK Dan EISB Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Perkayuan Di Kelantan

KOTA BHARU 6 Okt : Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) dan Era Intermerge Sdn Bhd (EISB) menandatangani perjanjian bagi pembangunan industri papan lapis di Kelantan. Jalinan kerjasama ini adalah hasil memorandum persefahaman yang telah ditandatangani di antara KPK dan Western India Plywood Limited (WIP) pada Julai lalu. Perjanjian terbabit telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah KPK, Dato’ Hassan Mohamood dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman bagi pihak KPK bersama Dato’ Ibrahim Jaafar, Ahli Lembaga...

Continue reading