Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat PNS
KOTA BHARU 7 Nov : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Bilik Mesyuarat Lembaga Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perniagaan Francais, Fauzi Awang itu adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara PNS dengan PKINK bagi bersama-sama membantu membangunkan usahawan-usahawan Kelantan.
Pada pertemuan itu juga, PNS menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PKINK secara khusus...