Accessibility Tools

Skip to main content

KELSTONE Dan ASCII LINE Terima Penarafan Lima Bintang

KOTA BHARU 26 Sept : Kelstone Sdn Bhd (KSB) dan ASCII Line Sdn Bhd (ALSB) membuktikan bahawa syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) adalah berdaya saing dan daya maju apabila berjaya memperolehi penarafan lima bintang selepas menunjukkan prestasi paling cemerlang sepanjang tahun 2018. Kelstone adalah sebuah syarikat yang berperanan membangunkan industri berasaskan sumber mineral manakala ASCII Line pula berperanan sebagai syarikat yang bertanggungjawab membina dan menyelenggara tapak-tapak serta struktur Menara telekomunikasi milik Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) di...

Continue reading

PKINK Sertai Perbarisan Hari Malaysia 2019

KOTA BHARU 16 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, di sini pagi tadi. Kontinjen PKINK seramai 24 orang bersama 62 kontinjen yang lain telah sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Majlis Sambutan Hari Malaysia ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar yang mewakili Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. ...

Continue reading

Anggota PKINK Disaran Hayati Kemerdekaan Demi Kemakmuran Negara

KOTA BHARU 15 Sept : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-62 dan Hari Malaysia 2019 dengan menganjurkan program bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja PKINK. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sebagai penjawat awam kita seharusnya meneladani semangat juang wira-wira kemerdekaan terdahulu demi menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah serta bersih dari amalan rasuah yang mampu mengagalkan usaha mencapai kemakmuran bersama. “Kita juga...

Continue reading

PKINK Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 62

TANAH MERAH 31 Ogos : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 peringkat negeri yang diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, disini pagi tadi. Kontinjen PKINK seramai 32 orang bersama 62 kontinjen yang lain telah sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan yang bermula jam 7:00 pagi dan berakhir jam 10:30 pagi. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ini dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Dato’ Ahmad ketika berucap berkata, nikmat kemerdekaan yang dikecapi hendaklah...

Continue reading

Sambutan Hari Keluarga PKINK Eratkan Silaturrahim

KUALA TERENGGANU: Program Hari Keluarga PKINK 2019 menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ukhwah sesama keluarga anggota dan anggota Perbadanan. Kira-kira 400 anggota PKINK dan ahli keluarga masing-masing turut serta memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan di Primula Beach Hotel pada 22 hingga 24 Ogos lalu. Acara dwitahunan yang bertemakan "Kami Keluarga PKINK" ini dijalankan secara santai dan meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus ketika menyampaikan ucapan berkata, program ini...

Continue reading