Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK Santuni Warga Pondok Darul Ilmi

TANAH MERAH: Salah satu budaya menuntut ilmu dalam Islam adalah Rihlah yang bermaksud meninggalkan tempat kelahiran untuk menuntut ilmu daripada mereka yang alim dalam bidang masing-masing. Ramai ilmuwan dan agamawan sanggup mengejar ilmu dengan mengembara jauh meninggalkan tanah air dan kampung halaman mereka. Keberkatan ilmu itu menjadikan penuntutnya dimuliakan masyarakat. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyantuni warga emas yang menuntut ilmu agama di pondok pengajian agama sebagai satu sokongan kepada warga emas yang berusaha mendalami...

Continue reading

PKINK Agih Juadah Berbuka Untuk Penjaga Pesakit di HRPZ II

KOTA BHARU 27 Mei - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengagihkan sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, program yang julung kali diadakan oleh PKINK itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa. “Kami berasa terpanggil untuk menyediakan...

Continue reading

Balu Bekas Anggota & Anak Istimewa Anggota PKINK Terima Sumbangan Hari Raya Daripad PKINK

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi sumbangan bagi memberi sedikit keriangan serta meringankan beban kepada balu bekas anggota dan anggota yang mempunyai anak istimewa serta petugas am di PKINK. Menjelang Syawal yang bakal tiba, seramai 13 orang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABrs. Haji Ab Aziz Bin Yunus dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK di sini hari ini. Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan, kesyukuran dan rasa tanggungjawab PKINK terhadap warga kerja...

Continue reading

PKINK Rai Pelajar PERKIM

KOTA BHARU – Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut _memberi perhatian dan keutamaan kepada_ saudara baru di negeri ini. Seperti tahun sebelumnya, PKINK sekali lagi meraikan pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) P Chepa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang meraikan saudara baru dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meraikan saudara baru untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal 1440H. "Program ini untuk menyatakan saudara baru tidak...

Continue reading

PKINK Rai Anak Yatim Sempena Bulan Ramadhan

KOTA BHARU 24 Mei – KEDATANGAN bulan Ramadan sangat dinantikan oleh setiap mukmin. Ini kerana bulan Ramadan banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Salah satu amalan yang dijanjikan ganjaran adalah dengan bersedekah. Sedekah adalah sesuatu pemberian yang dilakukan dengan ikhlas tanpa dibatasi oleh jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bukan setakat sinonim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab membangunkan negeri Kelantan bahkan juga giat melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi...

Continue reading