Kalafest 2019 Perkasakan Peranan Usahawan Kelantan
KOTA BHARU 24 APRIL – Kelantan Authentic Lifestyle and Arts atau dikenali sebagai KALA, merupakan trade mark bagi program-program promosi dan keusahawanan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Usaha di bawah bumbung jenama KALA ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan Kelantan untuk terus berusaha memajukan diri bagi mencapai status usahawan berjaya.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, KALAFEST 2019 ini amat signifikan dan bertepatan dengan...