Ceramah Pengukuhan Mantapkan Pemahaman Anggota Syarikat Kumpulan PKINK
KOTA BHARU 27 Mac : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memperluaskan pendedahan dan kefahaman kepada anggota Syarikat Kumpulan mengenai tema utama kerajaan negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019 melalui ceramah pengukuhan tema amanat tahun baharu 2019 yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK), Haji Zulqarnain Hassan, bertempat di Dewan 202, Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, pagi tadi.
Ceramah mengenai “Pengurusan Ihtirafi Tunjang Kesejahteraan” ini adalah sebahagian daripada siri pemahaman kepada penjawat awam negeri Kelantan termasuk...