Accessibility Tools

Skip to main content

Digital City Diperkenalkan Di Kelantan

KOTA BHARU 21 Januari : Kota Bharu menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma melalui program 'Green City dan Digital City' melibatkan 10 kawasan di sekitar bandar Kota Bharu. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) telah membangunkan 10 pole WIFI di lokasi berbeza secara percuma. Pembinaan ini telah memakan belanja hampir RM230,000.00 yang melibatkan kos pemasangan dan yuran bulan pertama. IQSB juga turut membelanjakan hampir RM110,000.00 setahun untuk membayar kos...

Continue reading

Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan

3 Januari 2019, Kota Darul Naim - “PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN” menjadi tema utama Kerajaan Negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019. Majlis amanat tersebut telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan Negeri Kelantan. Menerusi amanat YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, ada beberapa ciri penting yang perlu diterapkan dalam budaya Pengurusan Ihtirafi oleh semua jabatan. Ihtirafi diambil daripada perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud profesional. Lima ciri pengurusan ihtirafi ialah : (a) Hawariyyun : pendukung kepada perjuangan yang suci (b)...

Continue reading

Derma Darah

KOTA BHARU 18 Ogos - Seramai 100 orang menderma darah dalam program derma darah ‘Setitis Darah Jiwa Merdeka’ anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini semalam. Program yang berlangsung kira-kira lapan jam bermula 9 pagi itu mendapat sambutan daripada anggota Kumpulan PKINK, anggota penguatkuasa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, pihaknya merancang menjadikan program...

Continue reading

PKINK Terus Bantu Masyarakat

KOTA BHARU 13 Ogos : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di bawah pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru bertekad untuk terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) demi memberikan kehidupan selesa kepada masyarakat di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sejak sekian lama, PKINK melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk membaiki rumah rakyat miskin dan almari makanan untuk Asnaf bertujuan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat di negeri...

Continue reading