KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-3 TAHUN 2020
KOTA BHARU, 17 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-3 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang dakwah.
Kuliah pada kali ini mengupas Kitab Minhajul Muslim yang dikarang oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi iaitu seorang ulama Madinah terkenal yang mengajar di Universiti Islam Madinah. Kitab ini mengandungi 5 bab utama iaitu bab aqidah, bab etika, bab akhlak, bab...