Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT KPEK KE PEJABAT KETUA JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 1 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini. Dalam pertemuan ini, Haji Ab Aziz mewakili PKINK menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang dan berkongsi buah fikiran bagi memajukan Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara PKINK dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI 2, 2021

KOTA BHARU, 25 Feb – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-2 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai. “Sehebat mana perancangan manusia tidak sesekali boleh menembusi takdir Allah SWT”, Al-Fadhil Ustaz berkata sambil menerangkan kepentingan prinsip Ubudiyyah dalam pentadbiran. Teras utama prinsip Ubudiyyah adalah mengenali Allah SWT melalui sifat-sifat dan ciptaanNya. Kuliah ini turut...

Continue reading

PROGRAM TAZKIRAH, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BERSAMA TIMBALAN MUFTI KELANTAN

KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Tazkirah, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Anggota-anggota Kumpulan Pengurusan & Profesional PKINK bersama YB Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan sempena tahun baharu 2021 pada hari ini. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas mengupas intipati dan hikmah yang terdapat pada surah Yasin. Sesungguhnya terdapat banyak keberkatan di dalam surah ini. YB SF Dato’ berpesan bahawasanya surah ini turut menegaskan larangan membenarkan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PPMSB KE PKINK

KOTA BHARU, 10 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Bin Yunus telah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPMSB), En Muhammad Muhaimin Lau pada hari ini. Pertemuan ini bertujuan membincangkan ruang dan peluang bagi menjalin hubungan antara PPMSB dan PKINK.

Continue reading