KULIAH PEMBUDAYAAN UMI PKINK SIRI 1 TAHUN 2021
KOTA BHARU, 7 Jan – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan siri yang pertama bagi Tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada hari ini. Kuliah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusizurin Bin Mat Yunus, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Kupasan tajuk kuliah hari ini berdasarkan buku Adab Orang Islam terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang merupakan terjemahan lengkap dari bab “Fi al-Adab (في الأدب)” dari...