Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK TURUT MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KASIH KEPADA ASNAF, ARMALAH DAN ANAK YATIM

PKINK TURUT MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KASIH KEPADA ASNAF, ARMALAH DAN ANAK YATIM
KOTA BHARU, 16 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Kepada Asnaf, Armalah dan Anak-anak Yatim anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersempena Program Madinah Ramadan 1446H/ 2025M di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam. Seramai lebih 900 orang penerima sumbangan dalam kalangan asnaf, ibu tunggal serta anak-anak yatim telah menghadiri majlis tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT INFRA QUEST SDN BHD KE PKINK

KUNJUNGAN HORMAT INFRA QUEST SDN BHD KE PKINK
KOTA BHARU, 5 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan daripada Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) di Bilik Gerakan PKINK di sini semalam. Rombongan yang diketuai Pengurus Besar IQSB, En Mohd Hayyul Iltizam Othman mengadakan kunjungan ini bagi memperkenalkan pengurusan baharu kepada pengurusan PKINK. Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah menerima cenderahati kenang-kenangan daripada Pengurus Besar IQSB. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Encik Ahmad Nazri Haji...

Continue reading

PROGRAM CERAMAH PENERAPAN KEFAHAMAN UMI PKINK

PROGRAM CERAMAH PENERAPAN KEFAHAMAN UMI PKINK
KOTA BHARU, 4 Feb – Program Ceramah Penerapan Kefahaman Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) diteruskan lagi pada siri kedua di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) semalam.   Kuliah yang bertajuk Bulan Syaaban (Keistimewaan Mengikut Neraca Nas) telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Dakwah & Tarbiah JAHEAIK. Al-Fadhil Ustaz menjelaskan amalan berpuasa pada bulan Syaaban merupakan antara amalan sunnah yang amat digalakkan sebagai latihan bagi melazimkan tubuh badan untuk...

Continue reading

PROGRAM SUKAN MUHIBBAH PKINK BERSAMA KPPB

PROGRAM SUKAN MUHIBBAH PKINK BERSAMA KPPB
GUA MUSANG, 13 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Sukan Muhibbah bersama-sama Kumpulan Perladangan Kelantan Berhad (KPPB) di Dewan Serbaguna KPPB dan Padang Bola RPT di sini baru-baru ini.   Program tersebut melibatkan anggota PKINK dan KPPB dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan secara persahabatan. Antara acara sukan tersebut termasuklah Bola Sepak, Dart, Karom, Ping Pong dan Congkak. Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut menyampaikan...

Continue reading

MAJLIS AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK BERSAMA KPPB 2025

MAJLIS AMANAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK BERSAMA KPPB 2025
GUA MUSANG, 13 Jan - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABhg. Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah hadir menyampaikan ucapan di Majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 2025 anjuran Kumpulan Perladangan Kelantan Berhad (KPPB) di Dewan Serbaguna KPPB di sini baru-baru ini. Ketua Pegawai Operasi KPPB, Puan Nazura Zakuan turut memberi ucapan kepada seluruh anggota KPPB menerangkan pencapaian sepanjang tahun 2024 serta hasrat dan halatuju yang ingin dicapai oleh KPPB bagi tahun 2025. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji...

Continue reading