PKINK NAIB JOHAN PERBARISAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2025 NEGERI KELANTAN
KOTA BHARU, 31 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyertai Pertandingan Perbarisan Terbaik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini baru-baru ini.
Kontinjen PKINK telah berjaya dinobat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 68 kontinjen menyertai acara perbarisan melibatkan badan beruniform dan jabatan-jabatan kerajaan Negeri Kelantan.
Piala Naib Johan serta Cek Cura bernilai RM1,000 telah disampaikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,...