MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PKINK KE KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XVIII SARAWAK 2026
KOTA BHARU, 15 Julai 2026 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PKINK ke Kejohanan Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 yang berlangsung di Dataran Maharani, PKINK.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK sebagai simbolik pelepasan dan suntikan semangat kepada kontinjen PKINK yang akan membawa cabaran organisasi ke kejohanan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti tayangan video khas serta ucapan amanat daripada YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang menyeru seluruh atlet agar menampilkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam mengharumkan nama PKINK di pentas Sukan Gemaputera.
Turut berlangsung ialah gimik penyerahan kit kepada pengurus pasukan yang mewakili enam acara sukan, iaitu Tenpin Boling, Futsal, Karom, Pickleball, E-Sports dan Bola Jaring. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan bendera PKINK kepada Ketua Kontinjen En Ahmad Nazri Bin Haji Ismail ,Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Hal Ehwal Korporat sebagai lambang amanah dan kepercayaan untuk membawa nama PKINK sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga kontinjen PKINK diberikan kelancaran, kekuatan dan kejayaan dalam mengharungi Kejohanan Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026, seterusnya mengharumkan nama PKINK serta Negeri Kelantan.