warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT PUJB KE PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 20 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Usahawan Johor Bharu Sdn Bhd (PUJB) di Bilik Gerakan PKINK semalam.
 
PUJB merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Johor berperanan sebagai pusat sehenti dan sumber rujukan utama usahawan tempatan Negeri Johor.
 
Rombongan yang diketuai Ketua Unit Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB, En Azizi Noor Fizi bin Jamion mengadakan kunjungan ini bersempena Program Pengembangan dan Pembangunan Usahawan Johor ke Terengganu dan Kelantan.
 
Sebagai tanda penghargaan, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hjh Nik Farzimar binti Nik Omar menyampaikan cenderahati kepada En Azizi Noor Fizi dan rombongan PUJB.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan, En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today280
Yesterday692
This week972
This month9527
Total1066878

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas