warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

8 USAHAWAN KELANTAN TERIMA BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 18 Jan: Seramai 8 usahawan menerima bantuan peralatan perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui dana Yayasan Iktisad Darulnaim (YAYASAN) bagi sesi pertama 2024 di sini hari ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail berkata sebanyak RM57k diperuntuk bagi bantuan peralatan kepada peniaga kecil dan usahawan.
 
“Setiap penerima menerima bantuan peralatan bagi membantu meningkatkan produktiviti perniagaan mereka di samping meringankan beban.
 
“Saya berharap dengan bantuan ini semua usahawan dapat mengembangkan perniagaan sebaiknya di samping membudayakan perniagaan secara dalam talian,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat Usahawan PKINK di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK di sini.
 
Menurutnya, sejumlah hasil keuntungan Kumpulan PKINK diperuntuk untuk program ini sebagai bantuan peralatan kepada usahawan mikro di seluruh negeri ini.
 
Bantuan perniagaan diperkenal bagi membantu peniaga kecil negeri ini bagi meningkatkan dan mengembangkan hasil jualan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today245
Yesterday692
This week937
This month9492
Total1066843

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas