warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK TURUT MENYUMBANG DI MAJLIS PELANCARAN DANA BANTUAN BENCANA NEGERI KELANTAN

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
PASIR MAS, 30 Dis - Kebajikan rakyat juga merupakan antara tumpuan utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) selain cakna dengan keadaan semasa bencana banjir di Kelantan. PKINK turut terlibat dalam Majlis Pelancaran Dana Bantuan Bencana Negeri Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Khidmat Malaysia di Pusat Khidmat DUN Meranti, Pasir Mas semalam.
 
Kumpulan PKINK (termasuk Infraquest Sdn Bhd dan Kelstone Sdn Bhd) telah memberi sumbangan bagi Dana Bantuan Bencana Negeri Kelantan sejumlah RM110ribu yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
 
Majlis Pelancaran Dana tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Daud, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' Panglima Perang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menyumbang dan menjayakan Dana Bantuan Bencana ini dan berharap agar usaha ini dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terkesan termasuk kepada rakyat Kelantan yang menimpa musibah banjir baru-baru ini. 

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today257
Yesterday692
This week949
This month9504
Total1066855

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas