warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KUMPULAN PKINK TERUS CEMERLANG, SUMBANG RM0.254JUTA KE TABUNG SOLIDARITI RAKYAT PALESTIN

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
KOTA BHARU, 10 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Sentuhan Abadi di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu di sini hari ini.
 
Majlis itu bertujuan memberi penghargaan kepada mantan Pengerusi PKINK, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob serta mantan Ahli Lembaga Pengarah PKINK yang telah berkhidmat sepanjang tahun 2013-2023.
YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PKINK atas kejayaan prestasi dengan keuntungan berlipat kali ganda dari RM 31 juta pada tahun 2019 hingga RM 91 juta pada tahun 2023 dengan gandaan sebanyak hampir 300%.
 
YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan PKINK dan berharap agar PKINK dapat terus berusaha keras bagi meningkatkan ekonomi negeri Kelantan di masa akan datang.
 
Sebagai badan yang cakna dengan isu semasa, Kumpulan PKINK turut menyumbang sebanyak RM0.254juta dari Tabung Solidariti Rakyat Palestin kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada YAB Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.
 
Turut hadir, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan; YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKINK, Mantan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKINK serta Pengerusi-pengerusi Syarikat Anak Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today233
Yesterday692
This week925
This month9480
Total1066831

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas